MENU

Majlis Bacaan Yassin Pejabat Daerah dan Tanah Padang Terap Serta Majlis Daerah Padang Terap

Majlis bacaan yassin ini merupakan aktiviti tetap bulanan bagi Pejabat Daerah dan Tanah Padang Terap serta Majlis Daerah Padang Terap. Semua kakitangan ketiga-tiga jabatan adalah terlibat dalam majlis ini. Majlis bacaan yassin bagi bulan Januari ini diadakan pada 2 Januari 2018 bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Padang Terap. Majlis bacaan yassin pada kali ini dipimpin oleh En. Mat Marzuki bin Yusoff, Penolong Pegawai Penilaian Majlis Daerah Padang Terap.