MENU

Padang Terap mendapat nama daripada sejenis pokok terap yang banyak terdapat di suatu kawasan padang atau di tepi-tepi padang. Kawasan padang Padang Terap ialah kawasan yang di tumbuhi sajenis pohon yang tahan kemarau dan bergetah di panggil Pokok Terap (Artocarpus elasticus) . Oleh itu nama Padang Terap berasal dari pokok ini.

Padang Terap merupakan daerah dan kawasan parlimen yang terletak di Kedah, Malaysia. Daerah Padang Terap merupakan daerah yang ketiga terbesar di Negeri Kedah yang meliputi kawasan seluas 136226.29 hektar bersamaan 332266.49 ekar atau 1362.26 km persegi. Lokasinya terletak bersempadanan dengan negara Thailand di utara, sebelah barat bersempadanan dengan daerah Sik dan Pendang.

Pelan Sempadan Mukim Daerah Padang Terap