MENU

BIMA SAKTI (MILKY WAY)

Keunikkan yang paling istimewa di Daerah Padang Terap yang masih belum dieksploitasi ialah adanya Bima Sakti (Milky Way). Lokasi di Tasik Pedu adalah yang terbaik kerana kedudukannya yang terpencil jauh sekali dari pencemaran cahaya dan udara.

Di planet bumi, kita sebenarnya boleh melihat ekor Milky Way sekiranya berada di tempat yang gelap tanpa pencemaran cahaya dan antara lokasi yang terbaik adalah di koridor utara semenanjung yang bebas cahaya. Potensi iklim yang panas di utara semenanjung mengurangkan kadar kemunculan awan.

Galaksi Bima Sakti (bahasa Inggeris: Milky Way , "Laluan Susu" - terjemahan daripada istilah bahasa latin, Via Lactea yang berasal daripada bahasa Yunanai : Γαλαξίας galaxias), adalah galaksi pilin berpalang yang merupakan sebahagian galaksi kumpulan tempatan dan terletaknya  sistem suria.

Satah galaksi Bima Sakti dapat dilihat dari Bumi sebagai jalur cahaya di langit malam dan rupa jalur cahaya berkenaan merupakan inspirasi kepada nama galaksi ini. Sesetengah sumber mengatakan sebenarnya istilah Milky Way sepatutnya merujuk secara eksklusifnya kepada pemerhatian jalur cahaya berkenaan.