MENU

TAPAK GEOWARISAN KEDAH DEBU GUNUNG BERAPI
 

Debu gunung berapi berusia 74,000 tahun yang ditemui di Kampung Padang Nyior, Padang Sanai dekat sini akan digazetkan sebagai Tapak Terpelihara Geowarisan Kedah.Tapak geowarisan ini merupakan geotapak kedua di tanah besar Kedah yang telah dirasmikan pada peringkat negeri sebagai Tapak Geowarisan Negeri Kedah pada 27 April 2015. 

Debu gunung berapi yang dikenali juga sebagai batu pong terhasil dari letusan gunung berapi di Sumatera sekitar 74,000 tahun lampau. Ketebalan deposit yang dijumpai adalah di antara 1.3 m – 3.5 m. Kandungan kimia ialah SiO: 69.1%, AI:O 16.7%, Fe:O 1.83%, TiO 0.15%, Na:O 1.52%, K:O 4.12%, CaO: 3.93%,MgO 0.36% Batu pong didapati lebih ringan, berwarna putih sehingga kelabu cerah, bersaiz halus hingga sederhana dan berkaca. Kegunaannya sebagai aggregate ringan, Reagan pencuci, agen penyental dan baja pertanian.

LOKASI :

Kampung Padang Nyior, Jalan Padang Sanai, 06300 Kuala Nerang, Kedah.