MENU

JELUTONG KELULUT MADU

Jelutong Kelulut Madu merupakan projek pemprosesan produk hiuran. Projek ini menghasilkan madu dan produk-produk lain dengan berasaskan bahan utamanya iaitu madu lebah kelulut. Lazimnya, orang ramai hanya mengetahui madu hanya boleh dihasilkan daripada lebah sahaja. Masih tidak ramai yang tahu kelulut juga mampu menghasilkan madu yang banyak khasiatnya. Madu lebah kelulut ini rasanya istimewa kerana rasanya lebih masam-masam manis. Bagi yang kurang menggemari memakan makanan manis digalakkan mencuba madu kelulut ini. Projek ini masih ramai yang belum terokai dan ianya ternyata mampu menjana pendapatan yang lumayan kerana hasil permintaan semakin meningkat dari hari ke hari.

Dengan ini, pengusahanya iaitu Puan Nur Isma Afifi Bt Md Aris, berumur 31 tahun mula mengorak langkah dengan membina tempat menternak kelulut bagi menghasilkan madu. Pada awalnya, Puan Isma hanya menternak di rumahnya iaitu di Kampung Jelutong kini dia mula memperbesarkan lagi perniagaannya dengan membina sebuah lagi pusat penghasillan madu kelulut iaitu di Kg Barokhas. Kini, Puan Isma sudah memiliki haif kelulut sebanyak 100 sarang. Antara produk yang telah diinovasikan oleh Puan Isma dengan menggunakan madu kelulut ialah madu kelulut asli, sabun madu kelulut, minyak wangi, krim siang dan malam, bum kelulut dan lain-lain lagi.

LOKASI : 

Lot 612, Kampung Barokhas, 06300 Kuala Nerang, Kedah.

Koordinat (6.241770, 100.625064)

MAKLUMAT LANJUT :

Puan Nur Isma Afifi Bt Md Aris 017-254 7993 @ 013-418 4675