MENU

SEMELIANG AGRO FARM

Ladang Semeliang Agro Farm diusahakan di atas tanah seluas 2.83 hektar. Memiliki lebih daripada 150 ekor rusa dari baka Timoresis dan Axis. Pemilik ladang juga turut menyediakan khidmat nasihat terutama bagi mereka yang berminat untuk menternak rusa. Beliau juga telah melatih dan memberi khidmat nasihat kepada lebih 30 penternak rusa di Negeri Kedah. Nor Azhar yang turut menyediakan bekalan daging rusa dan mengakui permintaannya kini semakin meningkat terutama pada musim kenduri dan perayaan. Daging rusa merupakan sumber makanan yang tinggi protein, rendah lemak dan kolesterol. 

LOKASI : 

Jalan Semeliang, 06300 Kuala Nerang, Kedah

 

MAKLUMAT LANJUT : 

Hubungi pengusaha Nor Azhar Mohd Noor di talian 0194089689