MENU

PEMBUATAN KERIS, PISAU DAN GOLOK

Pembuatan kraftangan dijalankan secara sepenuh masa dan telah dipasarkan seluruh Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Negara Brunei. Pengusaha juga telah didaftarkan sebagai ahli oleh Jabatan Kraftangan Negeri Kedah. Menghasilkan keris, pisau dan golok dari jenis jembia, golok kedah, pisau arab, golok perak asli, tombok lada dan pisau biasa. Harga kraftangan mengikut saiz dari serendah RM50 sehingga RM280 sebilah. Kayu kayan yang digunakan jenis kayu kemuning emas, penawar hitam, kema, kayu malam, kayu tiga jenis, teras juag dan kayu mentangor. Sesetengah jenis kayu dibeli dari Pahang, contohnya kayu malam.

LOKASI :

Kg Pokok Machang, 06300 Kuala Nerang, Kedah.

 

MAKLUMAT LANJUT :

Hubungi En. Mukhtar bin Hasan ditalian013-491 0851