MENU

Pejabat Pelajaran Daerah Padang Terap mula beroperasi pada 01.06.1982 yang dikenali dengan nama Pejabat Pelajaran Daerah Padang Terap Pendang. Pejabat ini terletak bersebelahan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Syed Ahmad dengan menggunakan bangunan lama Sekolah Rendah Inggeris. Jarak di antara Pejabat Pelajaran Daerah Padang Terap ke Pekan Kuala Nerang 1 kilometer, dan 35 kilometer ke Jabatan Pelajaran Kedah. Pada tahun 2008 secara rasminya Pejabat Pelajaran Daerah Padang Terap mula beroperasi secara sendiri setelah Pejabat Pelajaran Daerah Pendang diwujudkan berasingan. Pada tanggal 01.04.2012 berpindah ke bangunan baru Pejabat Pelajaran Daerah Padang Terap . Lokasinya bersebelahan Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Nerang.

Telefon   : 04-7866207/04-7866412

Faks        : 04-7867395

Email      : adminppdpt@moe.gov.my

Website  : http://ppdpterap.moe.gov.my