MENU

HOMESTAY FELCRA D'BELIMBING

Kampung ini telah dibangunkan oleh Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) dan telah berdaftar dengan Kementerian Pelancongan Malaysia secara rasmi sabagai Homestay pada 10 November 2008.Tarikan lain yang terdapat berhampiran dengan perkampungan ini adalah Taman Rekreasi Puncak Janing yang mana merupakan kawasan air terjun yang nyaman dengan tumbuhan hijau. Selain itu, terdapat kolam ikan hiasan milik anak syarikat FELCRA Berhad yang terletak bersebelahan dengan perkampungan ini. Keluasan kawasan kolam ini berukuran lebih kurang 20 ekar. Terdapat pelbagai spesis ikan hiasan yang berwarna-warni yang dijadikan tempat pembenihan dan dipasarkan ke dalam dan luar negara.

LOKASI :

Terletak di Jalan Tualak, 06300 Kuala Nerang

KEMUDAHAN :

-    17 buah Homestay telah disediakan
-    Pengangkutan seperti bas, motosikal, dan kereta
-    Dewan Orang Ramai
-    Kolam Ikan
-    Taman Rekreasi

AKTIVITI :

-    Kebudayaan seperti permainan Kompang, Gendang Silat,
      Tarian Inang
-    Program Anak Angkat
-    Program Sukaneka

MAKLUMAT LANJUT :

Sebarang pertanyaan sila hubungi En Roslan Bin Ahmad ditalian 010-3007262 /  04-7866276