MENU

CHALET BAYU NAKA

Jika anda ingin merasai percutian dalam kawasan dusun buah yang tenang dan damai di samping pelbagai aktiviti menarik disediakan, bolehlah memilih Chalet Bayu Naka sebagai destinasi pilihan anda sekeluarga. Terletak di Kampung Kubang Juluk,   Naka iaitu salah sebuah kampung yang terpencil di daerah Padang Terap. Pemiliknya merupakan anak tempatan Naka iaitu Encik Abdullah bin Abdul Rani merupakan seorang guru sekolah. Di sini pengunjung boleh mendapatkan pelbagai kemudahan seperti homestay dalam dusun yang ternyata mendamaikan hati pengujung. Selain itu, pelbagai aktiviti riadah boleh dilakukan disini seperti mengutip buah-buahan tempatan di didusun ini tanpa sebarang caj tambahan, menaiki motor lasak ATV, kolam mandi untuk kanak-kanak, memanah dan buggy.

 

LOKASI :

Kampung Kubang Juluk, 06350 Naka, Kedah Darul Aman.

Koordinat ( 6.154860 , 100.668259)

 

KEMUDAHAN :

  • Homestay
  • Memetik buah-buahan tempatan
  • Motor lasak ATV
  • Kolam mandi untuk kanak-kanak
  • Aktiviti memanah
  • Kereta buggy

MAKLUMAT LANJUT :

Hubungi En. Abdullah bin Abdul Rani ditalian 013-5060585