MENU

CHAROK BATANG PADI

Charok Batang Padi dikenali sejak tahun 60-an lagi. Menurut pendapat masyarakat dahulu kala, di kawasan Empangan Pedu, terdapat beberapa carok. Salah satu adalah Charok Batang Padi yang berhampiran dengan perkampungan melayu di kawasan Mung Gajah. Tetapi kampung yang wujud pada ketika itu, telah terhapus dek ditelan oleh air Empangan Pedu. Bukti wujudnya perkampungan di kawasan tersebut pada suatu ketika dulu, apabila air empangan surut penduduk sekitar terlihat beberapa buah kubur di dasar empangan tersebut. Itu menunjukkan bahawa perkampungan tersebut memang wujud pada suatu ketika dahulu. Selepas dari kejadian itu, nama carok tersebut dikekalkan dengan nama "Charok Batang Padi". Kini carok tesebut dijadikan kawasan rehat dan memancing yang di Daerah Padang Terap.

LOKASI :

Kawasan rehat berhampiran (R&R) TEKIH.27 KM dari Pekan Kuala Nerang, Jalan Pedu Lake Resort,

KEMUDAHAN :

  • Anjung rehat yang selesa
  • Tandas

AKTIVITI :

  • Sebagai tempat memancing
  • Pangkalan Nelayan Tasik Pedu.