MENU

PERKHIDMATAN SEWAAN POKOK BUNGA HIASAN

 

PENGENALAN

Majlis Daerah Padang Terap (MDPT) ditubuhkan pada tahun 1976 adalah susulan daripadapen yusunan semula Kerajaan Tempatan Lembaga Bandaran Padang Terap.

Antara misi MDPT adalah bertanggungjawab memenuhi harapan penduduk dan stakeholder secara cekap dan berkesan dengan menyediakan kemudahan prasarana yang lengkap dan perkhidmatan yang berkualiti.

Dalam merialisasikan misi MDPT, salah satu daripada perkhidmatan yang ditawarkan adalah sewaan pokok hiasan bagi program dan majlis di Daerah Padang Terap pada kadar yang berpatutan dan mesra palanggan.

 

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

1.         Permintaan sewaan perlu dikemukakan sekurang-kurangnya seminggu ( 7   hari bekerja )                 sebelum tarikh program/majlis berserta maklumat untuk sewaan seperti masa dan lokasi.

            2.         Hiasan hanya akan disiapkan sehari sebelum tarikh tempahan @ selepas           kerja – kerja                         persiapan tempat dilakukan.

3.         Caj akan dikenakan ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan pada pokok atau barangan             hiasan yang disewakan.

4          Pembayaran boleh dilakukan secara tunai, cek, atau terus ke akaun MDPT

5.         Invois sewaan akan dikemukakan kepada pemohon jika cas tambahan dikenakan dan                       melanggar syarat – syarat permohonan.

6.         Pihak MDPT  tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kelewatan permohonan.

 

KADAR HARGA PERKHIDMATAN SEWAAN POKOK BUNGA

Butiran kawalan harga :

  1. Kos Penghantaran dengan trip lori 4 tan      : RM 40.00
  • Bagi kerosakan/kehilangan item hiasan, bayaran ganti akan dikenakan berdasarkan harga terkini pasaran.
  • Semakan semula item hiasan akan dilakukan semasa pengambilan semua item hiasan yang terlibat.

 

  1. Kos Bunga Hiasan                                        : RM 80.00
  • Maksimum 85 pasu dan bunga hiasan untuk setiap penghantaran
  • Kadar bagi agensi kerajaan, swasta dan orang perseorangan adalah sama.
  • Penyenggaraan termasuk menyiram untuk kesegaran pokok hiasan dikendalikan oleh MDPT manakala penjagaan aset hiasan semasa sewaan adalah tertakluk kepada pelanggan.

 

  1. Kos Hiasan                                                   : RM 30.00
  • Kos penyusunan, kemasan dan gubahan menggunakan aksesori pagar hiasan, kain hiasan, karpet hiasan dan landskap kejur  yang lain seperti batu hiasan sebagai latar pokok bunga hiasan.
  • *Cas tambahan untuk fountain pond (kolam hiasan), dan item hiasan simenfero

 

  1. Hiasan
  • Kakitangan tenaga mahir landskap terlibat untuk sewaan bunga hiasan adalah antara 4 – 6 orang mengikut keluasan tapak hiasan dan permintaan pelanggan.

 

  1. Harga Lumsum setiap 1 trip penghantaran lori 4 tan bagi kadar sehari sewaan

          Kawalan harga:*RM 150.00

          Selepas GST: RM 159.00

   *tidak termasuk Cas tambahan