MENU

1. Bilakah tempoh tamat lesen?

    Semua lesen akan tamat pada 31 Disember setiap tahun.

2. Lesen saya diluluskan dalam bulan November tahun 2006. Bilakah tamat lesen tersebut?

    Lesen anda akan tamat pada 31 Disember 2006.

3. Saya ingin membuat tambahan rumah. Apakah syarat-syaratnya?

    Sila kemukakan permohonan dengan menyertakan plan bangunan yang dilukis oleh pelukis pelan berdaftar.

4. Saya ingin memohon gerai untuk berniaga. Bagaimanakah caranya?

    Iklan gerai yang kosong akan disiarkan di papan kenyataan di Pejabat MDPT dan Laman Sesawang Rasmi MDPT.

5. Bilakah cukai pintu perlu dijelaskan?

    1 Januari sehingga 28 Februari untuk penggal pertama dan 1 Julai hingga 31 Ogos untuk penggal kedua setiap tahun.Kalau melebihi tarikh akhir setiap penggal maka pemilik akan dikenakan denda.