TEMPAT-TEMPAT MENARIK
Tasik Pedu

Merupakan kawasan tasik buatan bagi menampung penjanaan tenaga elektrik hidro. Tasik ini juga merupakan geoekonomi utama bagi daerah Padang Terap dan negeri Kedah. Terkenal dengan keindahan alam semulajadinya. Tasik ini terletak kira-kira 115 kilometer daripada susur keluar Lebuh Raya Utara Selatan Alor Star/ Utara atau kira-kira 40 kilometer dari pekan Kuala Nerang. Kawasan yang jauh dari kesibukan bandar dimana bersesuaian dengan pengunjung yang ingin mencari kedamaian dan ingin menenangkan diri dari kesibukan tugasan seharian.
Juga kawasan yang menjadi tumpuan kaki pancing kerana terdapat pelbagai spesis ikan air tawar disini. Sejajar dengan itu, terdapat pelbagai kemudahan disediakan disini. Antaranya ialah, kemudahan penginapan di Holiday Inn Pedu Lake Resort, kawasan perkhemahan, bot sewa bagi kaki pancing dan sebagainya lagi. Disini juga terdapat kemudahan sukan seperti golf untuk pengunjung yang berminat bermain golf di sini.